TIPS PANJANGKAN HAYAT PAM SUSU

Salam mommies semua!

Hari ni saya nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu untuk panjangkan hayat pam susu ibu2 di luar sana. Tipsnye seperti kat bawah ni:

1. Elakkan Breastpump daripada jatuh, lebih-lebih lagi dari tempat tinggi. Sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif. Sekali jatuh jer menyebabkan ianya rosak/gagal berfungsi seperti biasa.

2. Jangan biarkan susu daripada masuk ke dalam pam semasa anda mengepam. Jika keadaan ini berlaku juga, matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis atau teknisyen berkelayakan untuk servis pam tersebut secepat mungkin. Kegagalan berbuat demikian  menyebabkan komponen dalam pam tu akan berkarat / pam rosak.

3. Elakkan overcharge bagi breastpump yang ada rechargeble battery seperti medela freestyle etc....  kalau boleh, sampai dah tinggal 1 bar baru recharge. Bila battery dah full, disconnect dari charger serta merta. Jangan biarkan terlalu lama, jangka hayatnya akan pendek i.e battery cepat "kong".

4. Untuk cuci tubing, jika cuci guna air confirm akan ber wap kat dalam. Tapi tak ape. Boleh je guna air. Boleh juga gunakan bahan yang ada Alcohol. Lalukan air/Alcohol dalam tubing sampai ianya bersih, pasang tubing pada breastpump & ON breastpump untuk seketika. InsyaAllah wap air dalam tubing tadi akan hilang.

5. Selepas setahun atau lebih penggunaan, tentu suction breastpump semakin berkurang berbanding semasa pertama kali guna. Agak-agak jika suction dah slow atau lain-lain masalah pada breastpump, sila bawa breastpump untuk di servis /di periksa. :)

Semoga tips di atas memberi manfaat buat ibu2 semua.

P/S: PROMOSI SERVIS PAM MEDELA FREESTYLE RM50
(VALID ON 16 TILL 30 NOV 2015)

Ikhlas dari,
Mothers First Choice






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.