3 Tips Penting Bagi Banyakkan Susu Badan

Salam hormat  semua!

Pasti anda akan risau apabila susu badan semakin berkurangan dari masa ke semasa. Pada kali ini saya ingin berkongsi 3 tips penting bagi  meningkatkan penghasilan susu badan.

1. Ketenangan
Ketenangan sangat membantu penghasilan susu badan manakala tekanan akan menyebabkan badan sentiasa letih dan lesu seterusnya susu kurang terhasil. Cubalah untuk kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan tenang sepanjang masa. Contohnya, jalan2 kat taman, tonton cerita berbentuk humor, nikmati makanan kegemaran, bercuti ke tempat peranginan, balik ke kampung halaman, dan banyak lagi… Buatlah sesuatu aktiviti yang menggembirakan anda, pasti anda lebih tenang.



2. Berfikiran Positif
Semua organ badan dikawal oleh otak, oleh itu kita perlu setkan minda dengan perkara2 positif dan jauhi perkara negatif. Yakinlah bahawa susu badan si ibu sentiasa mencukupi untuk si bayi. Apabila kita berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu badan. Sentiasalah berfikiran positif kerana ianya telah terbukti sangat berkesan membantu ibu2 diluar sana meningkatkan penghasilan susu badan.



3. Permintaan & Bekalan
Faktor terpenting yang perlu difahami ialah permintaan & bekalan. Badan akan menghasilkan susu dalam kadar yang mencukupi bagi setiap bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Dari masa ke semasa, apabila bayi semakin membesar, permintaan susu semakin meningkat. Badan secara automatik meningkatkan penghasilan susu selari dengan permintaan. Oleh yang demikian, sentiasalah menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin pada setiap hari. Jangan sesekali skip atau tidak menyusukan bayi walau sesibuk manapun kita pada hari tersebut. Jika anda sudah mula bekerja dan berjauhan dengan si bayi, pastikan anda mengepam & menyimpan susu setiap hari mengikut jadual dan ke sesuaian masa kerja. Pengeluaran susu yang berkala memastikan badan dapat menghasilan susu secara berterusan. Jika anda masih belum mempunyai pam susu, bolehlah mula membuat servey kerana banyak pam susu diluar sana, ada yang manual dan ada yang elektik. Harga pula bergantung pada jenis dan kualiti, ada yang serendah kurang dari rm200. Jika anda seorang ibu bekerjaya, anda perlu ada sekurang-kurangnya satu pam susu bagi memastikan anda dapat memenuhi konsep “permintaan dan bekalan” seterusnya mengatasi masalah kekurangan susu badan.



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat si ibu dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.