Tips Berpuasa Bagi Ibu Mengandung Dan Menyusu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Ramadhan tiba lagi, macam mana persediaan ibu menyusu dan mengandung di luar sana. Diharap aritikel ini tidak terlalu lewat untuk kak nora berkongsi dengan para ibu sekalian.
Ok kali ni kak nora nak share tip berpuasa untuk ibu mengandung dan menyusu. Alhamdulillah kak nora dah mengalaminya, berpuasa ketika mengandung, berpuasa ketika mengandung dan menyusu dan berpuasa ketika menyusu. Yer memang mencabar, tapi perancangan yang rapi perlu supaya mental dan fizikal (badan) kita bebetul bersedia.
Untuk ibu mengandung dan menyusu jangan “rasa susah” menjalani ibadah puasa. Sebenarnya kita boleh je berpuasa semasa hamil dan menyusu selagi tak memudaratkan pada ibu dan bayi. Jika rasa tak kuat dan memudaratkan ibu dibenarkan berbuka puasa.
Jika ikut pengalaman lepas berpuasa selepas berpantang lagi terasa peritnya, terus terang 3 hari pertama memang rasa tak boleh sangat. 2 hari pertama sekerat jalan, hari berikutnya kak nora kuatkan semangat cakap pada diri mesti boleh. Cabaran berpuasa selepas berpantang melahirkan anak bukan sebab risau susu tidak cukup untuk anak tapi keadaan badan mungkin tak berapa bersedia lagi untuk puasa.

Image may contain: 1 person, text
Disini kak nora share tip berpuasa untuk ibu mengandung dan menyusu. Semoaga bermanfaat.

1. Reset minda
Ya set minda ibu, cakap pada diri sendiri ya aku boleh. Jangan fikir alah macam mana kalau rasa letih, alah nanti baby lapar, alah tak cukup susu nanti. Fikir yang positif sahaja reset minda ya. Jadikan puasa itu ibadah, pasti Allah akan mudahkan urusan kita. InshaAllah niat yang baik pasti dipermudahkan oleh Nya. Jika kita rasa sukar ingat ye da orang lebih sukar dari kita, bayangkan ibu di negara lain yang perlu berpuasa lebih 12jam dan ibu di negara kemarau dan miskin lebih sukar berpuasa dari kita.

2. Persedian fizikal
Sediakan keperluan makanan (stok makanan) , vitamin supaya badan kita kekal cergas di bulan puasa. Macam kak nora masa sahur nasi wajib makan, lepas makan nasi minum pula oat dan nestum. Vitamin pula kak nora amalkan vitamin semasa pregnant sahaja untuk menyusu dan mengandung.

3. Jangan atau kurang minuman yang berkafein
Minuman berkafein tinggi seperti kopi dan teh boleh mnyebabkan kita rasa nak terkencing selalu. Kafein adalah diuretik yang bermakna ia meningkatkan pembuangan air kencing.

4. Minum air mencukupi
Minum air dengan kerap , bukan dengan banyak sekali gus. Minum air dengan kerap dapat mengekalkan jumlah air dalam badan. Jangan hanya minum air pada waktu Sahur sahaja. Tidak perlu minum terlalu banyak pada suatu masa kerana air yg diminum tidak serap sepenuhnya malah dibuang kerap sebagai air kencing.

5. Kurangkan aktiviti luar
Melindungi diri daripada berada ditempat panas. Pakai pakaian yg selesa & kain yang sejuk. Ini penting supaya kita tidak terlalu letih.

6. Lakukan Kerja-kerja rumah pada waktu malam atau sebelum Sahur.

7. Elakkan makanan pedas. Makanan pedas boleh menyebabkan diarrhoea dan pedih hulu hati.

8. Berzikir sepanjang hari supaya lebih bertenang & hormon oksitosin ditingkatkan, jadi pengaliran susu pun lancar.

9. Curi masa mandi seketika sebelum solat asar, jika tidak boleh mandi basahkan leher, muka , kepala & bahagian kaki supaya badan berasa sejuk. Bagi ibu menyusu pula lakukan perkara ini sebelum memulakan aktiviti mengepam susu.

10. Berbuka puasa dengan secawan jus atau air dan 3-4 kurma supaya tahap gula dalam darah tahap normal.

11. Walaupun keinginan anda untuk minum bergelen air pada majlis berbuka puasa, cuba yang terbaik untuk mengamalkan sunnah mengisi perut dengan ketiga bahagian perut dengan air, udara, makanan.

12. Doa kepada Allah (swt), berzikir dengan nama-Nya yang mulia Ar-Razzaq (Pembekal), untuk menyediakan anda dengan kekuatan untuk terus berpuasa. Jangan lupa untuk memberi berselawat kepada Nabi Muhammad (saw) dalam doa anda.

13. Pastikan mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.

14. Untuk ibu menyusu rutin pam macam biasa.jangan skip. Jangan fikir berapa banyak susu terhasil pam je macam biasa , rezeki biar Tuhan yang tentukan janji kita berusaha. Andai produksi berkurang tambah sesi mengepam mungkin boleh tambah masa berbuka puasa nanti. Kuasai teknik mengepam ye.

15. Dan Yakinilah! badan kita membuat penyesuaian metabolik untuk berpuasa, supaya memastikan pengeluaran susu tidak terjejas dan melindungi ibu dan bayi dalam kandungan. Berdoalah sentiasa kepada Allah supaya diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang Ramadan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Kak nora doakan ibu-ibu mengandung dan menyusu di luar sana supaya diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang Ramadan. Selamat berpuasa kepada semua ibu-ibu menyusu & mengandung. Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya.
Jemput share kepada rakan-rakan kita diluar sana.

Salam 1 Ramadhan 2017
Nora Nao
Dari ibu ke ibu
Kaunselor Laktasi Bertauliah

ALAMAT BUTIK MOTHERS FIRST CHOICE


Salam Semua, Berikut merupakan alamat butik Mothers First Choice di PAHANG (Kuantan) dan SELANGOR (Shah Alam).



SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.