9 Tips Memilih Pam Susu Ibu

Salam hormat semua!

Pada masa kini, Pam Susu ibu sudah menjadi keperluan bagi ibu-ibu
menyusu terutamanya ibu bekerjaya untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif kepada bayi mereka. Banyak pam susu atau breastpump di tawarkan di pasaran. Bermula dari harga yang murah hingga ke Ribuan Ringgit.

Jika [anda masih bingung untuk memilih breastpump yang mana satu, mari baca 9 tips di bawah :

TIPS 1 – BajetBajet amat penting untuk anda sebab bagi mengelakkan pemborosan, anda perlu
sediakan berapa bajet untuk membeli pam susu ini. Daripada bajet ini anda boleh
selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).

TIPS 2 – Jenis
Anda perlu tahu Pam Susu ini ada beberapa jenis seperti Pam Manual, Pam
elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam
Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi Pam Manual ini agak
murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.

TIPS 3 – Keselesaan
Aspek Keselesaan begitu penting untuk di ambil kira dalam pemilihan Pam. Pam
yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas  yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’
sekali.

TIPS 4 – Daya Tahan – Heavy Duty

Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan
menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan
motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

TIPS 5 – Daya Sedutan – "Suction level"
Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi
menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan.

TIPS 6 – Alat Ganti
Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu.Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

TIPS 7 – Bunyi
Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

TIPS 8 – Mobiliti 

Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible
dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.

TIPS 9 – Single Pam atau Double Pam
Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Melatih Bayi Menggunakan Botol Susu

Salam hormat ibu-ibu semua!

Di sebabkan ada yang bertanya saya berkaitan dengan topik masalah penyusuan menggunakan botol, maka saya share juga kepada ibu-ibu semua. Semoga ianya bermanfaat. 

Ramai yang kecewa bila bayi menolak semasa diberikan susu botol? Dah cuba banyak jenis puting dan juga jenama.... tapi masih tak berjaya?

Jika ini terjadi kepada anda, jangan risau...anda tidak keseorangan. Berikut merupakan beberapa TIPS berguna yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol:

  1. Susu EBM:- Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada si bayi. Selain mengelakkan payudara membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu. Mulakan memberi fresh / chilled ebm terlebih dahulu kerana biasanya jika mula dengan frozen ebm dikhuatiri anak akan menolak kerana rasa frozen ebm lain sedikit dari susu fresh dari ibu, setelah anak mula terima chilled ebm bolehla mula memberi frozen ebm pula.
  2. Bantuan orang ke-3:- Anda digalakkan meminta bantuan daripada orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu tidak berada bersama semasa sesi 'bottle-training'.
  3. Pelbagaikan posisi penyusuan:- Bereksperimenlah dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah / penjaga (face-to-face).
  4. Uji kemahuan bayi:- Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Jika bayi tiada response atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar atau masih kenyang.
  5. Susu pada malam hari:- Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  6. Peluk dan tenangkan bayi:- Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  7. Gunakan puting susu yang bersesuian:- Terdapat pelbagai jenis puting susu dipasaran, saya cadangkan pilihlah puting susu yang  menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.
  8. Mula seawal 2-3 minggu sebelum bekerja:- Waktu terbaik untuk melatih anak menyusu menggunakan botol ialah 2-3 minggu sebelum mula bekerja.
  9. NEVER GIVE UP:- Jangan sesekali mengalah dengan anak, biasanya bila anak menangis ibu terus bagi anak menyusu direct sebab tak sampai hati tengok si bayi menangis..selagi anda mengalah selagi tu baby takkan berjaya utk menyusu dgn botol. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima susu botol. 

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat si ibu dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

3 Tips Penting Bagi Banyakkan Susu Badan

Salam hormat  semua!

Pasti anda akan risau apabila susu badan semakin berkurangan dari masa ke semasa. Pada kali ini saya ingin berkongsi 3 tips penting bagi  meningkatkan penghasilan susu badan.

1. Ketenangan
Ketenangan sangat membantu penghasilan susu badan manakala tekanan akan menyebabkan badan sentiasa letih dan lesu seterusnya susu kurang terhasil. Cubalah untuk kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan tenang sepanjang masa. Contohnya, jalan2 kat taman, tonton cerita berbentuk humor, nikmati makanan kegemaran, bercuti ke tempat peranginan, balik ke kampung halaman, dan banyak lagi… Buatlah sesuatu aktiviti yang menggembirakan anda, pasti anda lebih tenang.

2. Berfikiran Positif
Semua organ badan dikawal oleh otak, oleh itu kita perlu setkan minda dengan perkara2 positif dan jauhi perkara negatif. Yakinlah bahawa susu badan si ibu sentiasa mencukupi untuk si bayi. Apabila kita berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu badan. Sentiasalah berfikiran positif kerana ianya telah terbukti sangat berkesan membantu ibu2 diluar sana meningkatkan penghasilan susu badan.

3. Permintaan & Bekalan
Faktor terpenting yang perlu difahami ialah permintaan & bekalan. Badan akan menghasilkan susu dalam kadar yang mencukupi bagi setiap bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Dari masa ke semasa, apabila bayi semakin membesar, permintaan susu semakin meningkat. Badan secara automatik meningkatkan penghasilan susu selari dengan permintaan. Oleh yang demikian, sentiasalah menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin pada setiap hari. Jangan sesekali skip atau tidak menyusukan bayi walau sesibuk manapun kita pada hari tersebut. Jika anda sudah mula bekerja dan berjauhan dengan si bayi, pastikan anda mengepam & menyimpan susu setiap hari mengikut jadual dan ke sesuaian masa kerja. Pengeluaran susu yang berkala memastikan badan dapat menghasilan susu secara berterusan. Jika anda masih belum mempunyai pam susu, bolehlah mula membuat servey kerana banyak pam susu diluar sana, ada yang manual dan ada yang elektik. Harga pula bergantung pada jenis dan kualiti, ada yang serendah kurang dari rm200. Jika anda seorang ibu bekerjaya, anda perlu ada sekurang-kurangnya satu pam susu bagi memastikan anda dapat memenuhi konsep “permintaan dan bekalan” seterusnya mengatasi masalah kekurangan susu badan.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat si ibu dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH UNTUK MEMILIH PAM SUSU IBU?

·       Nak pam jenis elektrik dan boleh guna dengan bateri AA?
·       Nak pam yang kecil, ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana?
·       Nak pam yang lembut, selesa dan tidak menyakitkan semasa mengepam?
·       Nak pam yang bunyi perlahan dan senyap?
·       Harga pulak mesti kurang dari RM250?

Jika puan mengalami masalah di atas, puan patut baca seterusnya!

Memperkenalkan  “Lacte Solo Electric Breastpump”
Pam single terbaru dari jenama Lacte. Mudah untuk digunakan, amat sesuai untuk ibu yang inginkan pam yang kecil dan ringan yang senang dibawa kemana-mana. Sedutannya pula sangat efficient mengosongkan payudara ibu dengan cepat. Lacte sedang HOT di pasaran macam pisang goreng panas!

Lacte Solo Electric Breastpump

Antara Testimoni Pengguna Solo.
1.     "Baru beli mingggu lepas..Alhamdulillah ok sangat... Tak sakit.. ringan mudah dibawa ke mana2.. .. Susu keluar meriah... Hepi sangat...memang tak menyesal beli" - Pn. Amiza.

2.     "Memang best la kak, soft dan tak sikit.. saiz pun comel je... huhu...thanks kak nora" - Pn Salwnis.

Jika puan berminat untuk tahu lebih lanjut dan juga ingin membuat pembelian, puan boleh ke pautan di bawah:

Jika puan membuat pembelian pada hari ini, kami akan memberikan penghantaran secara PERCUMA (Semenanjung). Bukan itu sahaja,  puan juga akan mendapat:
-> 1 x USB Cable PERCUMA
-> 5 x Plastic Milk Storage PERCUMA
-> 2 x Ice Pack PERCUMA
-> 1 x Vcool Cooler Bag PERCUMA

Harga PROMOSI ini akan dinaikkan pada bila2 masa apabila tempoh promosi ini TAMAT.

Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang sebelum promosi tamat!

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

HADAPI MASALAH UNTUK PAM SUSU DITEMPAT KERJA?

HADAPI MASALAH UNTUK PAM SUSU DITEMPAT KERJA?
  • ·       Sukar untuk mengepam susu di tempat kerja?
  • ·       Tiada masa untuk duduk di kerusi sambil pam susu?
  • ·       Tiada tempat khas untuk mengepam susu?
  • ·       Malu kerana ramai orang disekeliling melihat?
  • ·       Tak boleh berjalan semasa sedang mengepam?

Jika puan mengalami masalah di atas, puan patut baca seterusnya!

Produk Terbaru di Pasaran: Freemie Collection Cups
“Membantu ibu2 mengepam susu dimana2 sahaja, bila2 masa, walaupun di tempat awam”

Antara KELEBIHANNYA:
# Ibu2 boleh pam susu di mana2 sahaja, bila2 masa, walaupun disekeliling orang ramai.
# Ianya mudah digunakan dan ibu2 bebas melakukan aktiviti lain semasa mengepam susu.
# Ianya sesuai digunakan bersama pelbagai jenis pam susu.
# Ianya selamat dan tidak merosakkan pam susu ibu2 dengan sistem anti-back flow*.

Terdapat dua pilihan Freemie Collection Cups iaitu set bersama Anti-backflow dan set tanpa Anti-backflow. Kami menyarankan agar ibu2 menggunakan set bersama Anti-backflow bagi membendung susu daripada memasuki dan merosakkan pam susu anda.

Jika puan berminat untuk tahu lebih lanjut dan juga ingin membuat pembelian, puan boleh ke pautan di bawah:
{1} Freemie Collection Cups Deluxe Set (With Anti-Backflow)
Harga promosi : RM329.00
Klik sini -->> 
http://breastpumps.mothersfirstchoice.com/shop/freemie-collection-cups-deluxe-set-with-anti-backflow/
{2} Freemie Collection Cups Deluxe Set
Harga promosi RM279.00
Klik sini -->> 
http://breastpumps.mothersfirstchoice.com/shop/freemie-collection-cups-deluxe-set/

Harga PROMOSI Pengenalan Adalah RM329 (with Anti-backflow) / RM270 (without Anti-backflow)

Harga PROMOSI ini akan dinaikkan pada bila2 masa apabila tempoh promosi ini tamat.

Jika puan membuat pembelian pada hari ini, kami akan memberikan penghantaran secara PERCUMA (Semenanjung). Bukan itu sahaja,  puan juga akan mendapat 5 pcs Storage Bags PERCUMA.

Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang sebelum promosi tamat!

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED

Salam Ibu2 semua, 
Terima kasih kerana berminat dengan FREEMIE COLLECTION CUPS.

NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED

NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED
 Freemie dengan Spectra M1

NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED
 Freemie dengan Medela Freestyle
NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED
Freemie sesuai dengan pelbagai jenis pam susu

NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED

NEW FREEMIE COLLECTION CUPS 2015 JUST ARRIVED

Produk ini dicipta khas untuk ibu2 yang sentiasa sibuk dan inginkan hasil perahan susu di tahap maksimum setiap hari.Antara KELEBIHANNYA ialah:
# Ibu2 boleh pam susu di mana2 sahaja, bila2 masa, walaupun disekeliling orang ramai.
# Ianya mudah digunakan dan ibu2 bebas melakukan aktiviti lain semasa mengepam susu. 
# Ianya sesuai digunakan bersama semua jenis pam susu yang menggunakan tubing.
# Ianya selamat dan tidak merosakkan pam susu ibu2 dengan sistem anti-backflownya*.

Terdapat dua pilihan Freemie Collection Cups iaitu set bersama Anti-backflow dan set tanpa Anti-backflow. Kami menyarankan agar ibu2 menggunakan set bersama Anti-backflow bagi membendung susu daripada memasuki pam.

Jika Ibu2 berminat untuk tahu lebih lanjut dan juga ingin membuat pembelian, ibu2 boleh ke pautan di bawah:

{1} Freemie Collection Cups Deluxe Set (With Anti-Backflow)
Harga promosi : RM329.00
Klik sini -->> http://breastpumps.mothersfirstchoice.com/shop/freemie-collection-cups-deluxe-set-with-anti-backflow/
{2} Freemie Collection Cups Deluxe Set
Harga promosi RM279.00
Klik sini -->> http://breastpumps.mothersfirstchoice.com/shop/freemie-collection-cups-deluxe-set/

Harga Promosi Pengenalan Adalah RM329 (with Anti-backflow)/RM270 (without Anti-backflow)
+ Free pos ke semenanjung
+ Free Storage Bags x 5 pcs 

Harga Promosi Pengenalan ini akan dinaikkan pada bila2 masa apabila tempoh promosi ini telah tamat. 

Jika ibu2 ada sebarang pertanaan, boleh inbox saya ye @ Mothers First Choice. Tk.