7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG!

1.     Stress
Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Hal ini kerana, hormon si ibu yang tidak stabil menyebabkan proses pengeluaran susu dari kilang susu terganggu seterusnya kurangnya susu terhasil. Jadi sentiasa lah bertenang, iaitu  bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala ujian mendatang. Susu ibu pasti mencukupi untuk bayi anda. Jangan stress2 apabila susu semakin berkurang dan teruskanlah berusaha. Anda mampu melakukannya.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Stress


2.     Diet Tidak Seimbang
Ibu yang sedang diet mestilah mengamalkan diet yang seimbang supaya penyusuan ibu dapat dilakuan secara berterusan sehingga bayi berusia 2 tahun. Diet yang seimbang mampu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si ibu. Perbanyakkan makan sayuran, bijirin dan buah-buahan disamping hasil tenusu J.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Diet Tidak Seimbang


3.     Tidak Minum Air Secukupnya
Susu ibu itu sendiri terdiri daripada cecair. Maka, ibu mestilah minum air secukupnya (minimum 3 liter sehari) agar badan ibu mempunyai hidrat dan tidak menganggu penghasilan susu ibu. Tubuh badan ibu memerlukan bekalan air yang banyak bagi memenuhi keperluan penyusuan si bayi terutamanya bayi lelaki J.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Kurang Minum Air


4.     Masalah Kesihatan
Ibu yang menyusukan bayi hendaklah menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memberikan susu yang berkhasiat kepada si bayi. Masalah kesihatan sudah pasti mengganggu fungsi badan seterusnya menyebabkan masalah lain iaitu kurangnya susu terhasil. Badan yang sentiasa letih dan lesu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Jadi, rehatlah secukupnya bersama insan tersayang terutamanya di hujung minggu.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Masalah Kesihatan


5.     Pengambilan Ubat-Ubatan
Ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui kesan ubat-ubatan yang diambil terhadap penyusuan. Sesetengah ubat memberi kesan terhadap penghasilan susu. Bagi mengelakkan susu berkurangan, ibu hendaklah menitikberatkan tentang pengambilan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika ibu mengambil pil perancang untuk mengelakkan kehamilan ia akan menjejaskan bekalan susu ibu. Ini kerana, sesetengah pil perancang mengandungi estrogen, yang menurunkan penghasilan susu ibu. Jika perlu minta khidmat nasihat daripada doktor tentang ubat-ubatan tersebut.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Pengambilan Ubat

6.     Kehamilan
Kehamilan boleh menyebabkan susu berkurangan kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat seterusnya akan menyebabkan prolaktin berkurangan. Ini seterusnya mengurangkan penghasilan susu. Menjarakkan kehamilan merupakan pilihan terbaik jika anda mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Kehamilan


7.     Tidak Memahami Konsep “Demand & Supply”

Kebanyakan masalah penyusuan adalah disebabkan ibu tidak memahami konsep “Demand & Supply”. Sebagai contohnya, apabila ibu outstation, kadangkala ibu tidak membawa bayi bersama. Jadi ibu tidak dapat menyusukan bayi. Oleh itu, ibu harus mengetahui bahawa ia perlu mengepam 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Apabila semakin sibuk melakukan kerja,  semakin kurangnya mengepam, susu ibu turut berkurangan. Dengan melakukan pam susu ibu yang kerap, susu ibu akan terhasil dengan kuantiti yang banyak. Inilah yang dinamakan konsep “Demand & Supply”.

7 FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN BERKURANG: Tidak Faham Konsep Demand & Supply


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.