SEBELUM MENGEPAM
1) Selesakan Diri & Bertenang
- Cuba selesakan diri anda. Gunakan bantal kecil untuk menyokong belakang anda.
- Anda juga mungkin boleh mandi sebelum mengepam.
- Cuba mengurut payudara anda dengan membuat bulatan-bulatan kecil di sekeliling payudara.
- Cuba untuk mengepam pada waktu yang sama pada setiap hari.
m 'bebas-pegang'. Membantu anda untuk berasa lebih santai dan masih boleh menikmati aktiviti lain.
PERLU TAHU:
* Relaks ---> Senang mendapat 'Refleks Oksitoksin' ataupun Let Down Reflects (LDR)
* LDR ---> Membantu mengosongkan payudara
* Payudara kosong ---> Hormon mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu
2. Makan sedikit kudap-kudapan (snek) dan minum segelas air
- Sebelum mengepam, cubalah untuk meminum segelas air suam.
- Ataupun cuba untuk memakan sedikit makanan ringan (yang berkhasiat semestinya seperti kurma, sebiji epal ataupun kekacang) supaya anda lebih bertenaga dan mendapat nood gembira.
SEMASA MENGEPAM
Seandainya anda menggunakan pam elektrik/bateri, pastikan anda menggunakan level suction yang bersesuaian. Mulakan dengan level suction yang rendah dan tingkatkan perlahan-lahan sehingga anda berasa selesa dengan suction pam anda. Ingat! Suction yang kuat tidak semestinya anda akan mendapat hasil susu yang banyak (bayangkan cara hisapan bayi anda - lembut tapi masih mendapat susu yang banyak). Suction yang tinggi selalunya akan menyebabkan anda berasa sakit dan luka pada puting payudara. Apabila anda berasa sakit,LDR mungkin akan tidak berlaku. Dan payudara atidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Apabila tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, maka penghasilan susu akan berkurangan.
Sewaktu mengepam, pastikan puting payudara anda berada betul-betul di tengah corong. Sepatutnya apabila anda mengepam puting anda 'bebas bergerak' di dalam corong. Sekiranya puting anda menyentuk sisi corong anda, maka anda harus membeli corong yang lebih besar.
Sekali lagi, sila bertenang. Tarik nafas dan lihatlah gambar bayi anda. Bayangkan si manja anda sedang menyusu pada payudara anda. Kalau boleh, rakam suara bayi anda. Ini akan membantu anda untuk mendapat LDR dengan lebih cepat.
Pastikan anda mengepam sehingga payudara benar-benar kosong.
MENINGKATKAN SUPPLY SUSU ANDA
* Power Pumping
- Caranya dengan mengepam payudara anda berterusan selama sejam. 10 minit pam - 10 minit rehat - 10 minit pam dan berterusan selama sejam.
* Memakan milk booster
- Setiap individu mempunyai milk booster yang berlainan.
- Antaranya; herba, keju, coklat, kurma, jantung pisang, lobak putih dan sebagainya.
- Anda boleh mencuba dan terus mencuba.
* Memakan suplemen tambahan
- Ingat, seorang ibu yang mengepam haruslah mengekalkan kesihatan yang optimum. Seandainya anda seorang yang benar-benar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berzat, anda mungkin mampu kekal sihat. Tapi bagi anda yang terlalu sibuk - uruskan keluarga, kerga dan sebagainya, kekurangan keperluan vitamin perlu ditampung. Jadi, ya, jangan abaikan kesihatan diri anda. Kerana anda adalah sumber makanan bagi bayi anda (terutamanya 6 bulan kehidupannya yang pertama). Tidak salah anda mendapatkan suplemen untuk diri anda sendiri (dan boleh juga disalurkan pada bayi anda melalui susu ibu). Pastikan suplemen anda adalah yang benar-benar natural dan bukan sintetik.
PERKARA YANG MENGGANGGU PENGHASILAN SUSU
* Elakkan diri menjadi sangat penat dan letih.
* Jangan terlalu stress - akan mengakibatkan susu berkurangan.
* Ambillah vitamin semasa anda sedang haid - haid boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan.
* Pastikan anda benar-benar mengosongkan payudara semasa mengepam.
* Jangan merokok, minum arak dan mengambil dadah
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.
Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com
Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com
ATAU
Kedai fizikal kami di:
SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1 & C-11-G, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
Mothers First Choice
C-11-1 & C-11-G, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia. MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.