Mothers First Choice SHAH ALAM

Mothers First Choice SHAH ALAM


Assalamu'alaikum ibu2 semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt dengan limpah 
dan rahmatnya, MFC kini berjaya melangkah setapak kehadapan dengan membuka cawangan baru di Shah Alam Selangor. Dengan pembukaan cawangan baru ni, diharap dapatlah memenuhi eperluan ibu2 yang selalu sahaja bertanya bila MFC akan dibuka di lembah Klang. Mulai 1 Disember 2015, Cawangan ini akan beroperasi setiap hari dari jam 10am hingga jam 8pm. Jemputlah datang beramai2 ke kedai kami di alamat:


Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Hp: 016-7447093 Nora-BFC)







Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 


TIPS PANJANGKAN HAYAT PAM SUSU

Salam mommies semua!

Hari ni saya nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu untuk panjangkan hayat pam susu ibu2 di luar sana. Tipsnye seperti kat bawah ni:

1. Elakkan Breastpump daripada jatuh, lebih-lebih lagi dari tempat tinggi. Sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif. Sekali jatuh jer menyebabkan ianya rosak/gagal berfungsi seperti biasa.

2. Jangan biarkan susu daripada masuk ke dalam pam semasa anda mengepam. Jika keadaan ini berlaku juga, matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis atau teknisyen berkelayakan untuk servis pam tersebut secepat mungkin. Kegagalan berbuat demikian  menyebabkan komponen dalam pam tu akan berkarat / pam rosak.

3. Elakkan overcharge bagi breastpump yang ada rechargeble battery seperti medela freestyle etc....  kalau boleh, sampai dah tinggal 1 bar baru recharge. Bila battery dah full, disconnect dari charger serta merta. Jangan biarkan terlalu lama, jangka hayatnya akan pendek i.e battery cepat "kong".

4. Untuk cuci tubing, jika cuci guna air confirm akan ber wap kat dalam. Tapi tak ape. Boleh je guna air. Boleh juga gunakan bahan yang ada Alcohol. Lalukan air/Alcohol dalam tubing sampai ianya bersih, pasang tubing pada breastpump & ON breastpump untuk seketika. InsyaAllah wap air dalam tubing tadi akan hilang.

5. Selepas setahun atau lebih penggunaan, tentu suction breastpump semakin berkurang berbanding semasa pertama kali guna. Agak-agak jika suction dah slow atau lain-lain masalah pada breastpump, sila bawa breastpump untuk di servis /di periksa. :)

Semoga tips di atas memberi manfaat buat ibu2 semua.

P/S: PROMOSI SERVIS PAM MEDELA FREESTYLE RM50
(VALID ON 16 TILL 30 NOV 2015)

Ikhlas dari,
Mothers First Choice






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

WILDAN SUSU KAMBING 100% ASLI

WILDAN SUSU KAMBING

WILDAN SUSU KAMBING



WILDAN SUSU KAMBING



Wildan merupakan pengeluar Susu Kambing jenama Wildan sejak tahun 2013. Susu Kambing jenama Wildan merupakan susu kambing dalam bentuk tepung dan mengandungi 100% susu kambing tanpa campuran susu lembu (Skim Milk). 

Wildan Susu Kambing boleh didapati dalam 2 perasa iaitu WIldan Susu Kambing Asli (Tanpa Gula Tambahan) dan Wildan Susu Kambing Coklat (Tanpa Perasa Tiruan). Kedua-dua perasa ini tidak mempunyai rasa dan bau hamis kambing yang mana ia boleh diminum dan diterima oleh hampir semua golongan umur bermula dari umur 1 tahun dan ke atas.

Susu Kambing WIldan 100% Asli boleh diminum seisi keluarga:-
  1. Anak-anak berumur 1 tahun ke atas
  2. Pelajar-pelajar sekolah, menengah dan universiti.
  3. Orang dewasa dan warga emas
  4. Ibu hamil dan ibu menyusukan anak.

Khasiat Susu Kambing 100% Asli Wildan:

Untuk Ibu Hamil

  • Memberi tenaga dan menyegarkan badan
  • Sumber kalsium dan mineral untuk tubuh dan kandungan
  • Mencegah bayi daripada terkena demam kuning
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin

Untuk Ibu Menyusukan Anak

  • Bagi anak yang masih kecil, kami galakkan untuk ibu menyusukan sendiri anak-anak dengan susu ibu, susu terbaik di dunia.
  • Sekiranya anda mengalami kekurangan susu badan, dengan mengamalkan Susu Kambing Wildan, dengan izin Allah ia dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan serta memekatkan susu badan. Insya-Allah, anak yang disusui lebih cepat kenyang dan kurang meragam.

Untuk Anak Berusia 1 Tahun dan ke atas

  • Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak.
  • Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi.
  • Membantu perkembangan minda dan memperkuat daya ingatan.
  • Membantu sistem pencernaan.
  • Sesuai bagi anak-anak yang alergik kepada susu lembu atau soya.

Untuk Pelajar

  • Sebagai sumber tenaga bagi pelajar yang sibuk dengan aktiviti berpersatuan dan akademik.
  • Menambah daya tumpuan ketika belajar
  • Menguatkan ingatan
  • Mencerdaskan otak

Untuk Orang Dewasa

  • Sebagai sumber tenaga
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
  • Menguatkan tulang dan mencegah tulang daripada rapuh
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
  • Membantu mencegah penyakit lupa dan nyanyuk

Maklumat Lanjut...


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.





Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

MASALAH SUSU BADAN BERKURANG???

MASALAH SUSU BADAN BERKURANG???

Biasalah kita sebagai ibu moden multi tasking ni.... Kadang-kadang bz sana bz sini, kerja tak henti-henti, badan penat lagi... mesti berlaku masalah susu berkurang ni. Macam-macam cara, petua, tips dan supplement dah cuba tapi still xjadi... Susu makin hari makin sikit...Sampai dah hampir putus atas dibuatnya...

Tapi, jangan risau ye, sebab anda bukan berkeseorangan. Ramai lagi ibu-ibu diluar sana mengalami masalah yang sama. Terutamanya di bulan puasa ni..

Saya nak share satu produk supplement ni, namanya Ummie Milky Rich (UMR). Ramai dah cuba dan sangat puas hati. Mungkin ini boleh membantu ibu-ibu meningkatkan penghasilan susu badan. Testimoni pun banyak...

Kalau ibu-ibu nak tengok testimoni, nak tahu kandungan dan nak baca lg berkaitan UMR ni...

Bolehlah ke link ni ->> http://bit.ly/umr_mfc2

Antara Testimoni UMR


MASALAH SUSU BADAN BERKURANG

MASALAH SUSU BADAN BERKURANG

MASALAH SUSU BADAN BERKURANG

Ummie Milky Rich

Ummie Milky Rich

Ummie Milky Rich

Ummie Milky Rich

Ummie Milky Rich







Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

15 TIPS BAGI IBU MENYUSU DI BULAN PUASA

Salam hormat semua!

Saya harap anda semua sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga dan anak-anak tercinta. Sedar tak sedar, dah 7 hari kita berpuasa kan? Sekejap jer masa berlalu...

Pada kali ini, saya kongsikan 15 lagi tips semasa berpuasa bagi ibu-ibu diluar sana. Tipsnya seperti berikut:

1. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat seperti air berkarbonat, kopi dan teh yang boleh menyumbang kepada dehidrasi. Kafein adalah diuretik yang bermakna ia meningkatkan pembuangan air kencing.

2. Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran sebanyak yang anda boleh.

3. Bacalah Al-Quran setiap hari untuk membantu anda berehat.

4. Jangan hanya minum air pada waktu Sahur. Tidak perlu minum terlalu banyak pada suatu masa kerana air yg diminum tidak serap sepuhnya malah dibuang kerap sebagai air kencing.Tetapkan jadual (jika ia membantu) dan minum secara sederhana tetapi kerap,

5. Elakkan makanan pedas. Makanan pedas boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan.

6. Berzikir sepanjang hari supaya lebih bertenang & hormon oksitosin ditingkatkan, jadi pengaliran susu pun lancar.

7. Melindungi diri anda daripada berada ditempat panas. Pakai pakaian yg selesa & kain yang sejuk.

8. Curi masa mandi seketika sebelum solat asar, jika tidak boleh mandi basahkan leher, muka , kepala & bahagian kaki supaya badan berasa sejuk.

9. Buat satu senarai untuk membeli-belah barangan runcit dan merancang makanan anda setiap minggu.

10. Berbuka puasa dengan secawan jus atau air dan 3-4 kurma untuk membawa tahap gula dalam darah anda normal.

11. Walaupun keinginan anda untuk minum bergelen air pada majlis berbuka puasa, cuba yang terbaik untuk mengamalkan sunnah mengisi perut anda dengan sepertiga bagi: air, udara, makanan.

12. Doa kepada Allah (swt), berzikir dengan nama-Nya yang mulia Ar-Razzaq (Pembekal), untuk menyediakan anda dengan kekuatan untuk terus berpuasa. Jangan lupa untuk memberi berselawat kepada Nabi Muhammad (saw) dalam doa anda.

13. Bacalah Ayat-ul-Kursi. Terdapat banyak faedah kepada membaca ayat ini.

14. Bacalah Surah Al-Ikhlas dan Al-Mu`awwidhatain. Dalam sebuah hadis, Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa'i telah merakamkan bahawa Rasul Allah (saw) berkata: “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” 

15. Yakinlah! badan kita membuat penyesuaian metabolik semasa berpuasa, memastikan pengeluaran susu tidak terjejas. Dalam erti kata lain, bekalan susu kita sememangnya dilindungi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com
ATAU 

Kedai fizikal kami di:





Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Elak sembelit pada kanak-kanak

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya terbaca artikel menarik dan saya konsikan demi kebaikan bersama. Sila baca artikel di bawah.

..............................................................................................................................................................

Masalah sembelit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka beranggapan keadaan itu biasa berlaku ketika proses tumbesaran anak-anak, terutama pada bayi berusia enam bulan ke atas kerana makanan pejal mula diperkenalkan.

Namun, masalah sembelit yang pada asasnya tidak memberi kesan besar pada tumbesaran kanak-kanak, ada kalanya boleh membawa kepada keadaan yang lebih kronik.'

Lazimnya, kanak-kanak yang masih menyusu badan jarang mengalami masalah sembelit. Mereka akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari dengan konsistensi najisnya lembut atau cair, walaupun ada kalanya bayi tersebut dilihat meneran dan mengeluarkan dengusan.

Bagi kanak-kanak yang diberikan susu formula pula, mereka akan membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam tiga hingga empat hari.Kedua-dua keadaan itu adalah normal dan bukanlah tanda-tanda sembelit jika najis mereka tidak keras atau berketul-ketul.

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan otot dan akan melambatkan pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tidak dikeluarkan, najis itu menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak akan berasa sakit untuk membuang air besar.

Lazimnya, bayi boleh sembelit pada usia enam bulan iaitu pada tempoh pengenalan makanan pejal kepada mereka. Jika salah pemilihan makanan, mereka mudah mengalami sembelit.

Pun begitu, menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, kanak-kanak yang sembelit perlu dipastikan keadaan itu berlaku bukan disebabkan sembelit ketika lahir yang berpunca daripada kekurangan ganglion (sel) pada usus yang berpunca daripada beberapa penyakit, antaranya hirschsprung.

“Biasanya selepas kelahiran, bayi tersebut akan dipastikan dapat membuang air kecil dan besar dalam tempoh 24 jam, jika tidak mereka tidak dibenarkan pulang kerana bayi mungkin menghidap penyakit lain yang berbahaya kepada mereka,” katanya.

Masalah sembelit mudah berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kekurangan serat dan kandungan air di dalam badan.

Keadaan itu boleh terjadi ketika proses pengenalan makanan pejal kepada mereka yang mana air kurang diberikan sebagai tambahan kepada susu.

Jelas Dr. Nor Mahani, ibu bapa perlu tahu bahawa proses awal pengenalan makanan pejal kepada bayi amat penting kerana pada waktu itu bayi perlu didedahkan dengan pelbagai kategori makanan mengikut piramid makanan.

“Ini kerana, pemberian jumlah makanan mengikut saranan piramid makanan membantu kanak-kanak mendapatkan khasiat yang cukup.

“Apabila air tidak cukup, makanan yang diambil adalah pejal dan menyebabkan apabila sampai ke usus, air menjadi kurang. Badan bertindak menyimpan air, jadi akan menarik air pada bahagian bahan buangan, sebab itu najis akan menjadi semakin keras.

“Masalahnya, apabila najis keras bayi akan berasa sakit untuk membuang najis.Apabila itu berlaku, bayi akan tahan untuk tidak membuang najis sehingga beberapa hari kerana mereka tahu jika berbuat demikian akan berasa sakit dan ini mengundang masalah lain,” ujar beliau.

Antara komplikasi sembelit adalah menyebabkan bayi atau kanak-kanak kurang selera makan, sakit kepala serta boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing.

Ini boleh berlaku kerana apabila kanak-kanak mula berasa sakit untuk membuang air besar, mereka enggan makan kerana apabila makan mereka akan membuang air besar sekali gus akan berasa sakit.
“Selain menyebabkan kanak-kanak fobia untuk membuang air besar, mereka juga akan hilang selera makan kerana perut dirasakan seperti sudah penuh.

“Masalah sembelit yang berlaku terlalu lama juga menyebabkan najis akan bertakung dalam badan dan apa yang berlaku kencing akan menjadi tidak lawas dan memudahkan jangkitan kuman kepada pundi kencing pula.

“Lazimnya, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas pula akan mengadu sakit kepala jika mengalami masalah sembelit. Justeru, ibu bapa perlu peka jika kanak-kanak mengadu tentang masalah mereka,” katanya.

Pemberian karbohidrat seperti nasi dan roti merupakan antara makanan yang mudah menyebabkan sembelit.

Namun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana penyediaan makanan secara sihat dapat mengelakkan sembelit misalnya, melengkapkan sajian karbohidrat dengan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran serta air yang banyak.

Dalam pemberian makanan pejal kepada bayi berusia enam bulan, ibu bapa perlu membuat pengubahsuaian terhadap makanan agar sesuai dengan mereka.

Perkara itu dapat dipastikan dengan melihat keadaan najis bayi mereka dalam tempoh beberapa hari selepas makanan diperkenalkan.

“Lihat najis mereka, jika bayi tidak membuang air besar dua hingga empat hari, cuba lebihkan air atau buah dalam sajian mereka dan biasanya perubahan dapat dilihat selepas beberapa hari kemudian.

“Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah mula berjalan dan berlari, berilah air dengan lebih banyak kerana jumlah keperluan air pada usia adalah berbeza mengikut keadaan mereka,” ujar beliau.

Sembelit tidak ada rawatan yang khusus, namun kanak-kanak yang sembelit dinasihatkan mengambil jumlah air dan serat yang tinggi seperti mengambil buah jambu, epal dan betik serta sayuran hijau.

Bagi rawatan segera, kanak-kanak sembelit akan diberikan ubat untuk memudahkan mereka membuang najis selain ubat tahan sakit bagi mengelakkan mereka berasa sakit di bahagian tempat keluar najis.

Rawatan tradisional pula, lazimnya ibu bapa boleh menyuruh anak-anak bermain dalam air suam supaya bahagian punggung mereka kurang rasa sakit di samping boleh melakukan urutan di bahagian kaki dan perut untuk membuang angin dan membantu untuk melancarkan proses membuang air.

“Kita juga menggalakkan pemberian kapsul probiotik untuk membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak selain kelancaran untuk membuang air besar.

“Pemberian buah-buahan serta sayuran hijau juga bagus untuk pemakanan kanak-kanak. Ibu bapa perlu kreatif untuk membolehkan kanak-kanak makan sayur dan buah secukupnya dalam hidangan harian,” katanya.

**Rujukan: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/elak-sembelit-pada-kanak-kanak-1.94264

..............................................................................................................................................................

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:







Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

Tidak buang air besar tiga hari adalah normal bagi bayi dan tidak perlu diberikan ubat. Hanya tambahkan kekerapan minum susu supaya dapat melancarkan penbuangan najis. Walaubagaimanapun, terdapat juga cara bagi membantu melancarkan proses buang air besar bayi anda.

1. Menggerak-gerakan Kaki Bayi Secara Perlahan
Untuk melancarkan proses pembuangan najis si bayi, anda perlu baringkan bayi, kemudian pegang kedua pergelangan kakinya secara perlahan. Setelah itu, gerak-gerakan secara perlahan kedua-dua pergelangan kaki bayi seolah-olah sedang mengayuh basikal. Aktiviti ini akan merangsang usus besar bayi bagi melancarkan pembuagan najis.

Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

2. Berikan Urutan Pada Perut Bayi
Para ibu disyorkan supaya mengurut perut bayi secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak bayi. Hal ini akan membantu meringankan perut bayi, sehingga mereka dapat membuang kotoran dengan lebih mudah dan lancar.
 Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

3. Berikan Ramuan Madu yang Dicampur Air Suam
Selain susu ibu anda juga boleh memberikan satu sudu kecil  madu  yang dicampurkan pada satu cawan kecil air hangat kemudian masukan ke dalam botol susu. Selain menggunakan botol susu anda juga bisa memberikannya menggunakan sudu secara langsung. Ramuan madu dan air suam ini telah menjadi ramuan sejak dahulu lagi dan terbukti mampu melancarkan buang air besar pada bayi. *Sesuai hanya untuk bayi 1 tahun ke atas.

 Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

4. Rendam Bayi Ke Dalam Air Suam

Mandikan dan rendamkan bayi anda dengan menggunakan air suam kerana ianya bukan sahaja dapat menyegarkan bayi malah dapat meringankan perut bayi seterusnya membantu proses membuang kotoran dengan lebih mudah dan teratur.
Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)



Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.