Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

Tidak buang air besar tiga hari adalah normal bagi bayi dan tidak perlu diberikan ubat. Hanya tambahkan kekerapan minum susu supaya dapat melancarkan penbuangan najis. Walaubagaimanapun, terdapat juga cara bagi membantu melancarkan proses buang air besar bayi anda.

1. Menggerak-gerakan Kaki Bayi Secara Perlahan
Untuk melancarkan proses pembuangan najis si bayi, anda perlu baringkan bayi, kemudian pegang kedua pergelangan kakinya secara perlahan. Setelah itu, gerak-gerakan secara perlahan kedua-dua pergelangan kaki bayi seolah-olah sedang mengayuh basikal. Aktiviti ini akan merangsang usus besar bayi bagi melancarkan pembuagan najis.

Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

2. Berikan Urutan Pada Perut Bayi
Para ibu disyorkan supaya mengurut perut bayi secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak bayi. Hal ini akan membantu meringankan perut bayi, sehingga mereka dapat membuang kotoran dengan lebih mudah dan lancar.
 Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

3. Berikan Ramuan Madu yang Dicampur Air Suam
Selain susu ibu anda juga boleh memberikan satu sudu kecil  madu  yang dicampurkan pada satu cawan kecil air hangat kemudian masukan ke dalam botol susu. Selain menggunakan botol susu anda juga bisa memberikannya menggunakan sudu secara langsung. Ramuan madu dan air suam ini telah menjadi ramuan sejak dahulu lagi dan terbukti mampu melancarkan buang air besar pada bayi. *Sesuai hanya untuk bayi 1 tahun ke atas.

 Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

4. Rendam Bayi Ke Dalam Air Suam

Mandikan dan rendamkan bayi anda dengan menggunakan air suam kerana ianya bukan sahaja dapat menyegarkan bayi malah dapat meringankan perut bayi seterusnya membantu proses membuang kotoran dengan lebih mudah dan teratur.
Tips Bagi Masalah Bayi Tidak Buang Air Besar Lebih Dari 3 Hari

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)



Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.