Pemilihan saiz breast shield yang sesuai untuk anda

Salam hormat semua,

Hai ini saya share cara nak pilih breast shield yang sesuai untuk anda. Caranya mudah sahaja, anda boleh lihat gambar dibawah. Pastikan nipple muat (iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar) dan boleh memasuki ke dalam nipple tunnel breast shield anda dengan mudah.

Breast shield yang terlalu kecik/besar boleh menyebabkan susu tidak dapat keluar dan menyebabkan nipple anda luka dan sakit semasa mengepam.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Tempoh Penyimpanan Susu Perahan (EBM)

Salam hormat semua!

Kali ini, saya nak share Tempoh Penyimpanan Susu Perahan (EBM). Tempoh penyimpanan EBM sebenarnya bergantung kepada cara dan tempat ianya disimpan.

Susu yang baru diperah hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik (19-26°c) tidak lebih dari 6 jam, atau 6 jam bagi bilik berhawa dingin bersuhu kurang 26°c, bagi bayi sihat sahaja. Bagi bayi pramatang/sakit, susu perahan TIDAK BOLEH ditinggalkan langsung.

Bagi susu yang diletakkan di dalam cooler bag bersama 3 frozen ice packs, (15°c), Ianya boleh disimpan sehingga 24 jam.

Jika susu perahan tidak dibekukan sebaliknya hanya diletakkan dalam peti sejuk bersuhu 2-4°c, susu perahan tersebut hanya boleh disimpan selama kurang dari 8 hari bagi bayi sihat, atau 48 jam bagi bayi pramatang/sakit.

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk satu pintu ialah 2 minggu sahaja.

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk dua pintu pula adalah jauh lebih lama iaitu 3 bulan.

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam peti sejuk beku (deep freezer) adalah yang terbaik, iaitu 6 - 12 bulan.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja melalui proses nyahbeku (defrost), tempoh penyimpanan hanya 24 jam bagi bayi sihat, atau 12 jam bagi bayi pramatang/sakit. 

Sebaik dinyahbeku, susu perahan TIDAK BOLEH dibekukan semula.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Cara Menyimpan EBM (Susu Ibu)

Salam hormat semua!

Kali ini, saya nak share cara nak simpan EBM (Express Breast Milk). Kerjaya bukanlah satu alasan untuk tidak menyusukan anaknya secara eklusif.
Tidak mustahil ibu yang bekerja mampu menyusui anaknya sehingga 2 tahun atau lebih. Dalam menjayakan penyusuan, ibu hendaklah terlebih dahulu mendalami ilmu penyusuan, termasuk melalui kelas-kelas penyusuan, buku-buku, carian & kajian melalui internet dan sebagainya.

Apakah Perlu Anda Lakukan? 

1. Pemilihan Pam Susu
Pemilihan pam yang berkualiti dan sesuai sangat penting. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Jika ibu mempunyai pam elektrik atau bateri, ibu boleh mengempam susu sambil menyusu bayi pada payudara sebelah. Aktiviti ini akan lebih merangsang penghasilan susu dan menjimatkan masa. 

 2. Menyimpan Stok EBM
Ibu perlu memerah dan membuat simpanan stok susu seawal satu atau dua minggu selepas kelahiran. Saya biasanya membuat stok selepas sahaja susu awal (kolostrum) berakhir, biasanya seminggu selepas kelahiran. Pada waktu ini susu sangat banyak terhasil. Tempoh ini juga sangat sesuai untuk kita merangsang penghasilan susu. 

3. Optimumkan Penggunaan Masa Yang Ada
Ibu perlu memerah susu pada bila-bila masa yang termampu. Walaupun bayi telah cukup menyusu tetapi payudara masih terasa ada baki atau susu lebihan, teruskan pemerahan susu. Biasanya dalam tempoh berpantang, susu ibu sangat banyak. Jangan bazirkan peluang yang ada. 

4. Membuat Label Bagi Setiap Sesi EBM
Labelkan bekas penyimpanan susu dengan maklumat tarikh dan waktu perahan. Ibu boleh mengunakan storage bottles atau storage bags. Cuci bekas simpan (storage bottles) dengan air sabun dan bilas dengan air panas. 

5. Mengepam Pada Waktu Malam
Ibu digalakkan memerah atau megempam susu pada waktu malam kerana penghasilan susu lebih aktif pada waktu itu. Ibu boleh mengambil kesempatan waktu malam lebih-lebih lagi jika bayi tidur lama.
6. Melatih Bayi untuk Minum EBM
Susu perahan yang dibekukan ini nanti akan mula diberikan kepada bayi menggunakan cawan atau sudu semasa ibu sudah hampir masuk bekerja.
JANGAN beri susu perahan sewaktu anda masih lama untuk bersama bayi, walaupun dengan niat hendak melatih bayi, dibimbangi bayi mengalami kekeliruan. Hanya dalam tempoh sebulan atau 2 minggu sebelum ibu masuk kerja, barulah bayi boleh diperkenalkan dengan susu perahan ini.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

9 Tips Memilih Pam Susu Ibu

Salam hormat semua!

Pada masa kini, Pam Susu ibu sudah menjadi keperluan bagi ibu-ibu
menyusu terutamanya ibu bekerjaya untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif kepada bayi mereka. Banyak pam susu atau breastpump di tawarkan di pasaran. Bermula dari harga yang murah hingga ke Ribuan Ringgit.

Jika [anda masih bingung untuk memilih breastpump yang mana satu, mari baca 9 tips di bawah :

TIPS 1 – BajetBajet amat penting untuk anda sebab bagi mengelakkan pemborosan, anda perlu
sediakan berapa bajet untuk membeli pam susu ini. Daripada bajet ini anda boleh
selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).

TIPS 2 – Jenis
Anda perlu tahu Pam Susu ini ada beberapa jenis seperti Pam Manual, Pam
elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam
Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi Pam Manual ini agak
murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.

TIPS 3 – Keselesaan
Aspek Keselesaan begitu penting untuk di ambil kira dalam pemilihan Pam. Pam
yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas  yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’
sekali.

TIPS 4 – Daya Tahan – Heavy Duty

Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan
menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan
motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

TIPS 5 – Daya Sedutan – "Suction level"
Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi
menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan.

TIPS 6 – Alat Ganti
Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu.Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

TIPS 7 – Bunyi
Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

TIPS 8 – Mobiliti 

Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible
dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.

TIPS 9 – Single Pam atau Double Pam
Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:

Mothers First Choice

Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Melatih Bayi Menggunakan Botol Susu

Salam hormat ibu-ibu semua!

Di sebabkan ada yang bertanya saya berkaitan dengan topik masalah penyusuan menggunakan botol, maka saya share juga kepada ibu-ibu semua. Semoga ianya bermanfaat. 

Ramai yang kecewa bila bayi menolak semasa diberikan susu botol? Dah cuba banyak jenis puting dan juga jenama.... tapi masih tak berjaya?

Jika ini terjadi kepada anda, jangan risau...anda tidak keseorangan. Berikut merupakan beberapa TIPS berguna yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol:

  1. Susu EBM:- Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada si bayi. Selain mengelakkan payudara membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu. Mulakan memberi fresh / chilled ebm terlebih dahulu kerana biasanya jika mula dengan frozen ebm dikhuatiri anak akan menolak kerana rasa frozen ebm lain sedikit dari susu fresh dari ibu, setelah anak mula terima chilled ebm bolehla mula memberi frozen ebm pula.
  2. Bantuan orang ke-3:- Anda digalakkan meminta bantuan daripada orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu tidak berada bersama semasa sesi 'bottle-training'.
  3. Pelbagaikan posisi penyusuan:- Bereksperimenlah dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah / penjaga (face-to-face).
  4. Uji kemahuan bayi:- Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Jika bayi tiada response atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar atau masih kenyang.
  5. Susu pada malam hari:- Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  6. Peluk dan tenangkan bayi:- Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  7. Gunakan puting susu yang bersesuian:- Terdapat pelbagai jenis puting susu dipasaran, saya cadangkan pilihlah puting susu yang  menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.
  8. Mula seawal 2-3 minggu sebelum bekerja:- Waktu terbaik untuk melatih anak menyusu menggunakan botol ialah 2-3 minggu sebelum mula bekerja.
  9. NEVER GIVE UP:- Jangan sesekali mengalah dengan anak, biasanya bila anak menangis ibu terus bagi anak menyusu direct sebab tak sampai hati tengok si bayi menangis..selagi anda mengalah selagi tu baby takkan berjaya utk menyusu dgn botol. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima susu botol. 

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat si ibu dan si bayi.