Kali ini, saya nak share cara nak simpan EBM (Express Breast Milk). Kerjaya bukanlah satu alasan untuk tidak menyusukan anaknya secara eklusif.
Tidak mustahil ibu yang bekerja mampu menyusui anaknya sehingga 2 tahun atau lebih. Dalam menjayakan penyusuan, ibu hendaklah terlebih dahulu mendalami ilmu penyusuan, termasuk melalui kelas-kelas penyusuan, buku-buku, carian & kajian melalui internet dan sebagainya.
Apakah Perlu Anda Lakukan?
1. Pemilihan Pam Susu
Pemilihan pam yang berkualiti dan sesuai sangat penting. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Jika ibu mempunyai pam elektrik atau bateri, ibu boleh mengempam susu sambil menyusu bayi pada payudara sebelah. Aktiviti ini akan lebih merangsang penghasilan susu dan menjimatkan masa.
2. Menyimpan Stok EBM
Ibu perlu memerah dan membuat simpanan stok susu seawal satu atau dua minggu selepas kelahiran. Saya biasanya membuat stok selepas sahaja susu awal (kolostrum) berakhir, biasanya seminggu selepas kelahiran. Pada waktu ini susu sangat banyak terhasil. Tempoh ini juga sangat sesuai untuk kita merangsang penghasilan susu.
3. Optimumkan Penggunaan Masa Yang Ada
Ibu perlu memerah susu pada bila-bila masa yang termampu. Walaupun bayi telah cukup menyusu tetapi payudara masih terasa ada baki atau susu lebihan, teruskan pemerahan susu. Biasanya dalam tempoh berpantang, susu ibu sangat banyak. Jangan bazirkan peluang yang ada.
4. Membuat Label Bagi Setiap Sesi EBM
Labelkan bekas penyimpanan susu dengan maklumat tarikh dan waktu perahan. Ibu boleh mengunakan storage bottles atau storage bags. Cuci bekas simpan (storage bottles) dengan air sabun dan bilas dengan air panas.
5. Mengepam Pada Waktu Malam
Ibu digalakkan memerah atau megempam susu pada waktu malam kerana penghasilan susu lebih aktif pada waktu itu. Ibu boleh mengambil kesempatan waktu malam lebih-lebih lagi jika bayi tidur lama.
Ibu digalakkan memerah atau megempam susu pada waktu malam kerana penghasilan susu lebih aktif pada waktu itu. Ibu boleh mengambil kesempatan waktu malam lebih-lebih lagi jika bayi tidur lama.
6. Melatih Bayi untuk Minum EBM
Susu perahan yang dibekukan ini nanti akan mula diberikan kepada bayi menggunakan cawan atau sudu semasa ibu sudah hampir masuk bekerja.
JANGAN beri susu perahan sewaktu anda masih lama untuk bersama bayi, walaupun dengan niat hendak melatih bayi, dibimbangi bayi mengalami kekeliruan. Hanya dalam tempoh sebulan atau 2 minggu sebelum ibu masuk kerja, barulah bayi boleh diperkenalkan dengan susu perahan ini.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.
Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com
Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com
ATAU
Kedai fizikal kami di:
SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1 & C-11-G, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
Mothers First Choice
C-11-1 & C-11-G, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia. MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.