Tips Memperbanyakkan Susu Semasa di Pam

SEBELUM MENGEPAM


1) Selesakan Diri & Bertenang

- Cuba selesakan diri anda. Gunakan bantal kecil untuk menyokong belakang anda.

- Anda juga mungkin boleh mandi sebelum mengepam.

- Cuba mengurut payudara anda dengan membuat bulatan-bulatan kecil di sekeliling payudara.
- Cuba untuk mengepam pada waktu yang sama pada setiap hari. 
m 'bebas-pegang'. Membantu anda untuk berasa lebih santai dan masih boleh menikmati aktiviti lain.

PERLU TAHU:
* Relaks ---> Senang mendapat 'Refleks Oksitoksin' ataupun Let Down Reflects (LDR)
* LDR ---> Membantu mengosongkan payudara
* Payudara kosong ---> Hormon mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu

2. Makan sedikit kudap-kudapan (snek) dan minum segelas air
Sebelum mengepam, cubalah untuk meminum segelas air suam. 
- Ataupun cuba untuk memakan sedikit makanan ringan (yang berkhasiat semestinya seperti kurma, sebiji epal ataupun kekacang) supaya anda lebih bertenaga dan mendapat nood gembira.

SEMASA MENGEPAM

Seandainya anda menggunakan pam elektrik/bateri, pastikan anda menggunakan level suction yang bersesuaian. Mulakan dengan level suction yang rendah dan tingkatkan perlahan-lahan sehingga anda berasa selesa dengan suction pam anda. Ingat! Suction yang kuat tidak semestinya anda akan mendapat hasil susu yang banyak (bayangkan cara hisapan bayi anda - lembut tapi masih mendapat susu yang banyak). Suction yang tinggi selalunya akan menyebabkan anda berasa sakit dan luka pada puting payudara. Apabila anda berasa sakit,LDR mungkin akan tidak berlaku. Dan payudara atidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Apabila tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, maka penghasilan susu akan berkurangan.
Sewaktu mengepam, pastikan puting payudara anda berada betul-betul di tengah corong. Sepatutnya apabila anda mengepam puting anda 'bebas bergerak' di dalam corong. Sekiranya puting anda menyentuk sisi corong anda, maka anda harus membeli corong yang lebih besar. 
Sekali lagi, sila bertenang. Tarik nafas dan lihatlah gambar bayi anda. Bayangkan si manja anda sedang menyusu pada payudara anda. Kalau boleh, rakam suara bayi anda. Ini akan membantu anda untuk mendapat LDR dengan lebih cepat.
Pastikan anda mengepam sehingga payudara benar-benar kosong. 


MENINGKATKAN SUPPLY SUSU ANDA
Power Pumping
- Caranya dengan mengepam payudara anda berterusan selama sejam. 10 minit pam - 10 minit rehat - 10 minit pam dan berterusan selama sejam.
* Memakan milk booster
- Setiap individu mempunyai milk booster yang berlainan.
- Antaranya; herba, keju, coklat, kurma, jantung pisang, lobak putih dan sebagainya.
- Anda boleh mencuba dan terus mencuba.

* Memakan suplemen tambahan
- Ingat, seorang ibu yang mengepam haruslah mengekalkan kesihatan yang optimum. Seandainya anda seorang yang benar-benar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berzat, anda mungkin mampu kekal sihat. Tapi bagi anda yang terlalu sibuk - uruskan keluarga, kerga dan sebagainya, kekurangan keperluan vitamin perlu ditampung. Jadi, ya, jangan abaikan kesihatan diri anda. Kerana anda adalah sumber makanan bagi bayi anda (terutamanya 6 bulan kehidupannya yang pertama). Tidak salah anda mendapatkan suplemen untuk diri anda sendiri (dan boleh juga disalurkan pada bayi anda melalui susu ibu). Pastikan suplemen anda adalah yang benar-benar natural dan bukan sintetik.


PERKARA YANG MENGGANGGU PENGHASILAN SUSU
* Elakkan diri menjadi sangat penat dan letih.
* Jangan terlalu stress - akan mengakibatkan susu berkurangan.
* Ambillah vitamin semasa anda sedang haid - haid boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan.
* Pastikan anda benar-benar mengosongkan payudara semasa mengepam.
* Jangan merokok, minum arak dan mengambil dadah

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Jerebu dan Kesihatan Bayi Anda

Jika bayi anda mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya menjadi lebih terancam semasa musim jerebu. Sekiranya bayi anda mempunyai asma, simptomnya adalah lebih teruk.


Bagaimanakah saya melindungi bayi saya?
Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh dirawat dengan mudah. Berikut diberikan beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk merawat masalah kesihatan akibat jerebu.

• Iritasi mata
Titikkan beberapa titik larutan garam (diperolehi dengan mudah di kebanyakan farmasi) untuk membantu melegakan iritasi. Sesetengah ibu percaya yang beberapa titik susu ibu juga berkesan.

• Nafas yang berdehit ringan, hidung meleleh, tekak kering, dan batuk yang tidak berkahak
Kanak-kanak dibawah satu tahun tidak seharusnya diberi ubat selesema atau ubat batuk. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk mengetahui apa yang sesuai untuk bayi anda, mengikut umur (dan kadangkala, beratnya). Pastikan bayi anda memperolehi banyak rehat dan cecair (tambah jumlah buah atau jus yang kaya dengan vitamin C). Sekiranya dia terasa seakan-akan demam, beri dia suspensi paracetamol di bawah arahan doktor.

• Sesak nafas atau asma
Asma dalam kebanyakan kanak-kanak adalah reaksi kepada sesuatu picu, dan jerebu boleh disalahkan. Jerebu boleh menjadikan asma seseorang itu lebih teruk, jadi, jika bayi anda berdehit atau sesak nafas, berjumpalah doktor dengan segera.


Terdapat beberapa langkah beringat-ingat yang terus dan mudah yang boleh diambil untuk melindungi bayi anda dari jerebu.

• Penyusuan badan
Penyusuan badan adalah satu cara yang amat terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda. Selagi dia menyusu badan dia akan memperolehi antibodi dan keimunan semulajadi anda. Walaupun ini bukan cara yang seratus peratus mujarab untuk melindungi kesihatan bayi anda, bayi yang menyusu badan selalunya mempunyai simptom yang lebih ringan apabila diserang penyakit biasa seperti selesema dan flu.

• Elakkan merokok atau perokok
Pastikan anda dan bayi anda menjauhkan diri dari perokok. Sekiranya anda atau suami anda merupakan perokok, inilah masa yang paling baik untuk berhenti merokok. Berikut adalah beberapa tip tentang berhenti merokok.

• Jangan keluar rumah seberapa boleh
Elakkan aktiviti di luar rumah atau di alam bebas. Kami ada idea-idea yang bagus untuk permainan-permainan yang hebat bagi anda dan bayi atau anak tatih anda supaya mereka semua leka di rumah.

• Mengamalkan kebersihan
Pastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka memasukki rumah.



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Tips bagi ibu menyusu di bulan puasa

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur

Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

 6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Bayi Pramatang

Bilakah bayi dikatakan pramatang?
Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ia dikatakan pramatang.


Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?
Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.


Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
  • Pecah ketuban awal yang mana disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih daripada satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi, contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah berbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.

Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?
  • Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
  • Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500 gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000 gm untuk 28 minggu dan 1500 gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu.
  • Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
  • Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang-kempis, nafas kencang, kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.

Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?
Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku. Lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi. Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
  • Sindrom kesesakan nafas disebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
  • Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang).
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah (septisemia), paru-paru (radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus (Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit retina yang tidak matang (Retinopathy of Prematurity) - satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil daripada kerosakan paru-paru disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
  • Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat:
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan (Epilepsy)
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidak upayaan untuk belajar
  • Perkembangan lambat
  • Pembesaran perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi, bayi yang dilahirkan antara 26 hingga ke 28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.


Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?
Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi. Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang: 
  • Mengawal suhu badan
    • Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian (seperti dalam gambar)
  • Memeriksa tahap gula dalam badan
    • Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
  • Pembekalan nutrisi
    • Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
  • Mengelakkan daripada jangkitan
    • Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya:
  • Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
  • Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
  • Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
  • Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tiub orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
  • Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
  • Ultra bunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
  • Saringan untuk penyakit retina  mata (ROP), rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
  • Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.

Isu Etika
  • Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibu bapa dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang sebenar.
  • Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi (usia kandungan).
  • Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat 80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?
Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang:
  • Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
  • Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
  • Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan
  • Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.

Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:
  • Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko,RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
  • Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
  • Pengurusan dan penjagaan yang optimum di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.

Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?
Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:
  • Perlu meneruskan apa sahaja ubat-ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
  • Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksimum pada bayi pramatang.
  • Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
  • Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.

Temu janji untuk bayi pramatang
  • Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
  • Merawat komplikasi.

Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:
  • Fisioterapi, terapi cara kerja dan lain-lain terapi.
  • Pendidikan khas

SUMBER: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/bayi-pramatang

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

Elak payudara membengkak


Soalan:
Apa yang patut saya lakukan jika puting payudara saya leper atau tenggelam? Jadi bayi tidak mahu menyusu. Akibatnya payudara saya membengkak, keras dan menyakitkan. Terdapat juga ketulan kecil, keras dan menyakitkan pada payudara. Apakah punca perkara ini berlaku?
Selain itu, bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu dan memberinya minum susu formula?
- Jasmin, Machang, Kelantan.

Jawapan:
Bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara anda. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku dua hingga empat hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih berasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun, usah bazirkan susu ini. Anda boleh menyimpannya untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Puting payudara rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kulat kandida, penggunaan pengepam payudara secara tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor atau dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi di hospital yang berdekatan. Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih.
Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian. Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losyen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.
Ketulan kecil pada payudara adalah disebabkan salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut secara perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan daripada menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Usah risau kerana ketumpahan susu antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payu dara. Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap payu dara untuk merangsang penghasilan susu. Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda akan dapati payudara anda akan mula menghasilkan susu. Doktor anda juga boleh memberi beberapa preskripsi ubat dan mencadangkan makanan untuk merangsang penghasilan susu.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141005/kn_01/Elak-payudara-membengkak#ixzz3FKWpH2vD © Utusan Melayu (M) Bhd



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai. 

10 PETUA UNTUK DAPAT CAHAYA MATA




Diharap PETUA berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba:

1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.


2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.


3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.


4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan. Semat dalam hati, rezeki anak datang dari Allah. Teruskan berdoa dan berdoa dan berdoa.


5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.


6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.


7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.


8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!


9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.


10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Ini bagi membantu sperma berenang masuk ke dalam rahim.



Selamat Mencuba

#MothersFirstChoice



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.